:: Untuk staf JHED sahaja ::
Nama pengguna :
Kata Laluan :
:: Pautan ::
   •  Borang Aduan Baru
   •  Ruangan FAQ
   •  Livewire
   •  Laman Web Sumber Manusia TNB
   •  Laman Web TNB
:: Pelbagai ::
Hakcipta Terpelihara 2008
Jabatan IT TNB

Microsoft IE® serta resolusi skrin pada 1024x768 adalah disarankan untuk penggunaan sistem yang optimum
:: Ruangan FAQ ::

PROSEDUR PENGGERAK ETIKA (WHISTLE BLOWING)


Apakah Itu Penggerak Etika Ataupun 'Whistle Blowing'?

'Whistle Blowing' adalah merupakan satu konsep yang berhubung dengan pendedahan mengenai penyelewengan, salahlaku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dari segi peraturan dan tidak sah dari segi undang-undang yang berlaku di dalam sesebuah organisasi.



Apakah Tujuan Prosedur Penggerak Etika?
  1. Sebagai satu 'platform' dan mekanisme dalaman kepada pekerja Syarikat atau mana-mana pihak bagi menyalurkan aduan, laporan dan maklumat berhubung dengan penyelewengan, salahlaku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dari segi peraturan Syarikat dan tidak sah dari segi undang-undang yang dilakukan oleh kakitangan atau pengurusan Syarikat.

  2. Menggalakkan pengadu menyalurkan aduan dan/atau maklumat melalui satu saluran aduan dalaman secara sistematik sebelum ianya dibawa ke pihak luar.

  3. Dapat mewujudkan suasana telus dan keterbukaan di dalam melaporkan sebarang penyelewengan, salahlaku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dari segi peraturan Syarikat dan tidak sah dari segi undang-undang, yang berlaku di dalam Syarikat.



Siapakah Yang Boleh Membuat Aduan?

Pendedahan mengenai perkara-perkara di atas boleh dilakukan oleh mana-mana pekerja Syarikat atau mana-mana pihak, kepada Pihak Berkuasa di dalam Syarikat. Mereka ini dikenali sebagai Penggerak Etika ataupun 'Whistle Blowing'.



Apakah Polisi Syarikat Berkaitan Prosedur Penggerak Etika (Whistle Blowing)?
  1. Syarikat komited untuk mengurus dan menyiasat semua jenis aduan, laporan atau maklumat mengenai penyelewengan, salahlaku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dari segi undang-undang, yang diterima daripada mana-mana pihak.

  2. Syarikat memberi jaminan bahawa di dalam menguruskan aduan, laporan atau maklumat di atas, identiti pengadu akan dirahsiakan daripada mana-mana pihak yang tidak berkenaan.

  3. Syarikat akan memastikan bahawa tiada tindakan tatatertib akan diambil terhadap pengadu yang dengan secara jujur dan suci hati melaporkan sebarang aduan, laporan atau maklumat yang pada pendapat dan sangkaannya benar-benar berlaku.

  4. Syarikat akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pekerja yang membuat laporan palsu atau sengaja membuat tohmahan dan/atau fitnah kepada pihak lain.



Tafsiran
  1. Syarikat ertinya Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan/atau mana-mana Anak Syarikat milik penuh TNB.

  2. Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) ertinya Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB atau apa-apa jawatan yang setaraf dengannya atau mana-mana Eksekutif yang menjalankan tugas bagi pihaknya.

  3. Jabatan Hal Ehwal Dalaman (JHED) ertinya sebuah jabatan dalam TNB yang bertanggungjawab di dalam semua urusan tatatertib. Jabatan ini juga bertanggungjawab di dalam pengurusan Sistem Pengendalian Penggerak Etika TNB.

  4. Ketua JHED ertinya Ketua Jabatan Hal Ehwal Dalaman atau apa-apa jawatan yang setaraf dengannya atau mana-mana Eksekutif yang menjalankan tugas bagi pihaknya.

  5. Unit Penggerak Etika ertinya satu unit di JHED yang bertindak sebagai Urusetia dalam pengendalian Mekanisme Penggerak Etika.

  6. Ketua Penggerak Etika (KUPE) ertinya Ketua Unit Penggerak Etika yang juga bertanggungjawab sebagai Setiausaha kepada Pihak Berkuasa.

  7. Pihak Berkuasa bagi Pengurusan Tertinggi ertinya seorang Ahli Lembaga Pengarah TNB yang bertanggungjawab menerima semua jenis aduan, laporan atau maklumat mengenai penyelewengan, salahlaku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dari segi peraturan Syarikat dan tidak sah dari segi undang-undang oleh Pengurusan Tertinggi dan seterusnya membuat keputusan atau tindakan bagi setiap aduan, laporan dan maklumat yang diterima.

  8. Pihak Berkuasa bagi Eksekutif E07 hingga E17 dan Bukan Eksekutif ertinya Ketua JHED yang bertanggungjawab menerima semua jenis aduan, laporan atau maklumat mengenai penyelewengan, salahlaku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dari segi peraturan Syarikat dan tidak sah dari segi undang-undang oleh Eksekutif dan Bukan Eksekutif dan seterusnya membuat keputusan atau tindakan bagi setiap aduan dan maklumat yang diterima.

  9. Ketua Pegawai Penyiasatan Tatatertib (KPPT) ertinya Ketua Unit Penyiasatan Tatatertib JHED atau seorang Eksekutif JHED yang dilantik oleh Ketua JHED yang bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas Ketua Pegawai Penyiasatan Tatatertib termasuk penyiasatan bagi aduan Salahlaku Berat, Sabitan Jenayah dan lain-lain tugas penyiasatan.

  10. Pengadu ertinya mana-mana pihak sama ada pekerja Syarikat atau pihak lain yang membuat aduan, laporan atau memberi maklumat.

  11. Aduan, laporan atau maklumat ertinya sebarang bentuk pengaduan, laporan atau maklumat yang dibuat oleh pengadu mengenai sebarang penyelewengan, salahlaku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dari segi peraturan Syarikat dan tidak sah dari segi undang-undang.



Bagaimana Proses Pengaduan Dibuat?
  1. Aduan, laporan atau maklumat boleh dibuat kepada Ketua Penggerak Etika melalui salah satu dari kaedah-kaedah berikut:

    • Mengisi borang yang boleh didapati dari Jabatan Hal Ehwal Dalaman; atau

    • Secara on-line melalui sistem livewire TNB; atau

    • E-mail kepada Ketua Penggerak Etika (whistleblowing@tnb.com.my)

    • Menulis surat kepada pihak berkenaan di atas.

  2. Ketua Penggerak Etika kemudiannya akan memproses aduan, laporan atau maklumat tersebut sebelum dimajukan kepada Pihak Berkuasa yang berkenaan untuk tindakan.

  3. Kandungan aduan, laporan atau maklumat hendaklah mengandungi perkara-perkara seperti berikut:

    • Latarbelakang seperti tempat, tarikh dan masa kejadian.

    • Pekerja atau pihak yang terlibat atau disyaki terlibat.

    • Keterangan mengenai penyelewengan, salahlaku, amalan-amalan dan/atau ketinggalan yang salah dari segi peraturan Syarikat dan tidak sah dari segi undang-undang.

    • Bukti atau saksi yang boleh membantu.

    • Alasan-alasan kenapa aduan, laporan atau maklumat dibuat sebagai contoh ianya telah melibatkan kerugian kewangan Syarikat, menjejaskan keharmonian tempat bertugas dan sebagainya.

    • Butir-butir pengadu seperti nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya.



Bagaimana Tatacara Pengurusan Terhadap Aduan Dijalankan?
  1. Setiap aduan, laporan atau maklumat yang diterima akan didaftarkan dan di mana boleh akan diberi maklumbalas secara bertulis dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

  2. Ketua Penggerak Etika akan memproses aduan, laporan atau maklumat tersebut dan seterusnya dimajukan kepada Pihak Berkuasa yang berkenaan.

  3. Pihak Berkuasa berkenaan setelah menerima laporan daripada Ketua Penggerak Etika akan mengkaji laporan tersebut dan memutuskan tindakan yang perlu diambil. Sekiranya laporan tidak mencukupi atau tidak lengkap dan memerlukan maklumat lanjut, Pihak Berkuasa berkenaan akan merujuk kembali kepada Ketua Penggerak Etika untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum memutuskan sebarang tindakan.

  4. Sekiranya Pihak Berkuasa berkenaan berpendapat wujud salahlaku dan perlu diambil tindakan tatatertib maka satu arahan akan dikemukakan kepada Ketua Pegawai Penyiasatan Tatatertib TNB untuk penyiasatan lanjut.

  5. Sekiranya laporan tersebut tidak berkaitan dengan tindakan tatatertib maka aduan tersebut akan dimajukan kepada pihak yang berkenaan untuk diambil tindakan lanjut. Pihak yang dirujukkan aduan tersebut adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan sebarang keputusan atau tindakan yang telah diambil ke atas aduan tersebut kepada Ketua Penggerak Etika dengan kadar segera.

  6. Pengadu akan dimaklumkan tentang sebarang keputusan atau hasil tindakan terhadap aduan, laporan atau maklumat yang telah dibuat.



Apakah Tindakan Yang Boleh Diambil Sekiranya Aduan Yang Dikemukakan Adalah Palsu?

Sebarang aduan, laporan atau maklumat palsu dan/atau sengaja membuat tohmahan dan/atau berunsur fitnah atau dibuat samada untuk menjatuhkan imej seseorang pekerja atau imej Syarikat dan/atau untuk apa-apa tujuan lain sekalipun dan penyalahgunaan mekanisme sistem pengendalian penggerak etika, adalah merupakan satu kesalahan dan tindakan tatatertib boleh diambil kepada pekerja yang terlibat.